Nuffnang

Sabtu, 1 Disember 2012

MRSM Taiping


Minggu lepas teman anak ambil peperiksaan kelayakan MRSM 2013. Dia kena hari Selasa pagi. Ramai . Satu sesi saja dah ada 50 orang. Dan ada 10 sesi pagi dan petang dariIsnin sampai Jumaat. Sengit memang sengit . Dah lah anak perempuan. Kuota anak perempuan tinggi sikit berbanding pelajar lelaki. Harapan tu semoga berjayalah hendaknya.
Itu hanya satu pusat ujian. Ada banyak lagi MRSM seluruh negara yang membuat ujian yang sama untuk calon tingkatan 4 tahun depan.
MRSM Taiping ni terletak di kaki Bukit Larut. Masa sampai waktu pagi bukit-bukit di belangkang masih diliputi kabus.Dari jalan masuk ke sekolah ini kelihatan air terjun di kejauhan.
Nampak tak air terjun yang mencurah-curah di belakang bangunan utama tu? Mak berhenti kereta dan ambil gambar . Nasib baik orang tak ada di belakang. Kalu tak apa yang difikirkan pula. Gigih makcik ni.
Nampak tak kabus tebal di belakang bangunan surau tu?
Dulu mak pun ambil ujian kelayakan nak masuk MRSM juga tapi tak dapat pun . Namun bezanya masa dulu guna pensel dan kertas , sekarang ni pakai komputer saja.
Mak : Dah siap semua barang Ain. Pensel , pen , pemadam dah ada? Ain : Tak payahlah mak. Pakai komputer je.
Mak : Bawa je lah kut-kut nak guna sat gi.
Mak masih tak percaya pensel , pen semua tu tak digunakan untuk ujian MRSM tersebut. Zaman serba moden.

6 ulasan:

kasihredha berkata...

Hihi skrg zaman dah berubah...semua guna jari aje

Nieda ramly berkata...

Betul tu , mak yg tak tau hihihi

Daddy Ziyyad berkata...

semoga anak berjaya ke MRSM...

hihihi...ni MRSM saya dulu ni...mmg syok belajar kat tepeng..sejuk aja..berkabus manjang...

Nieda ramly berkata...

tq DZ . harapan mak nya yg satu ni. mudah-mudahan .

Nieda ramly berkata...

tq DZ . harapan mak nya yg satu ni. mudah-mudahan .

Acik Erna berkata...

assalam nieda..memang zaman dah berubah..semua hujung jari je.