Nuffnang

Ahad, 25 November 2012

POKOK RAMBUTANKU

Cerita pokok rambutan di seberang sana bila berbuah menarik perhatian juga. Budak-budak singgah petik setangkai dua. Itu cerita budak-budak.
Cerita ni musim hujan dulu, depan rumah dah jadi kolam renang tempat tumpuan budak-budak . Ramai . Dalam dok mandi dan menyelam ada yang teringin nak makan rambutan. Budak-budak ni pakai petik je. Bila tak dapat , buah tinggi sikit nak dipanjat pokok kecik tu. Mak nampak dari dalam rumah , sliding door rumah mak besar. Boleh nampak je. Jadi mak kata jangan panjat nanti patah.Pokoknya kecik sangat. Bukan mak marahkan budak-budak tu makan buah rambutan dua , tiga biji. Tapi mak kesal budak-budak ni tak rasa pun nak minta izin dulu nak makan rezeki yang orang punya.

3 ulasan:

wahida berkata...

akak!!


saya dah follow blog baru akak ni...keep blogging tau!!

Nieda ramly berkata...

itu sudah bagus wahida ...tq very much. sayang wahida ketat2.

Irfa berkata...

seronoknya berkubang :)
lama dah x buat mcm ni..zaman kecik2 dulu selamba je berkubang dlm selut