Nuffnang

Isnin, 26 November 2012

Madu 3 P. Ramlee

Sekarang tengah cerita P. Ramlee - Madu 3. Dah berkali-kali kita tengok dan diulang tayang . Namun orang tak jemu-jemu. Orang boleh ketawa bergegar perut bila tengok aksi lakonan P.Ramlee. Madu 3 ini , tak jemu tengok dari zaman kanak-kanak sampai dah jadi mak budak sekarang ni, saya le tu. Ada humor yang tak boleh dinafikan melalui mimik muka dan diolog . Masa ini wajah Sarimah yang jadi bini muda P. Ramlee dalam cerita ini sangatlah jelita. Dengan bentuk badan macam gitar .Saya suka tengok wajah dia. Cantik sangat . Watak Pak Mertua Ahmad Nisfu dan isteri tua ( Latipah) dia pun sangat kena . Bukan orang dewasa saja yang suka tengok filem P.Ramlee kanak-kanak juga .Malah orang Cina dan India pun sama suka tengok filem-filemnya. Pastinya filem P. Ramlee digemari oleh semua golongan , bangsa dan latar. maka tak salah lagi filem beliau melangkaui masa dan jagat. ** 1. Apasal pula nak C & P gambar P. Ramlee pun tak boleh ni? ** 2. Nak komen pun tak keluar ? Tak faham den.

3 ulasan:

Nieda ramly berkata...



masa buat enrty tadi dah siap buat perenggan .tapi bila keluar jadi selorong pula.

Acik Erna berkata...

ssalam nieda..dirumah acik ni anak2 suka sangat semua cerita P.Ramlee

Irfa berkata...

ayah saya kata 'zaman skrg ramai sgt org lawa.dulu2 susah nak jumpa org lawa..sebab tu sarimah terkenal masa tu sbb dia paling lawa'hehe