Nuffnang

Selasa, 11 Disember 2012

Cantik tarikh hari ni 12.12.12


Ramai yang updet tentang hari ni jatuh pada 12.12.12. LYA,Irfa, Kak cik ,DZ . Ada lagi ke?
Tak mungkin tarikh ni berulang lagi. Ada yang nikah @ kahwin hari ni? Tentu mudah nak ingat tarikhnya untuk aniversary nanti.
Berapa orang baby baru lahir hari ni. Bertuah badan dapat lahir tarikh yang cantik ni.
Ini pula cerita pasal Shauqi anak bungsu akak. Bila dapat gunting habis digunting semua benda. Semalam diguntingnya seluar yang dipakainya. Nasib baik ada mesin jahit. Terus jahitkan. Boleh pakai balik. Seluar baru sayang pula nak buang.
Hari ni dia dapat gunting, Mula tu dia nak gunting kertas. Kita dok sibok kat dapur tak sedar dia dah guntingkan botol air dia punya . Dah jadi kontot strow tu.
Shauqi, Shauqi.

Entahlah?


Kenapa bila bertukar ke bog baru semangat berblog tu semakin menurun. Dah jadi suam-suam kuku. Kalau dulu sehari paling kurang mesti post juga satu entry baru. Sekarang ??
Bercampur dengan kesibukan adik ipar kahwin , lagilah sepi blog baru ni.
Kotak entry ni pun dah lain , tak sama yang biasa. Agaknya apa yang dah digodek masa setting blog dulu . Yang ada sekarang hanya ikon untuk B(Bold), I( untuk Fon senget tu), ABC, pautan atau link, ikon untuk masukkan gambar dan tanda " (untuk buat perenggan.
Susah sungguh rasanya nak bercerita di sini. Ikon yang banyak-banyak duu dah hilang. Nak tukar warna tulisan pun tak ada.
Cara nak masuk gambar pun lain. Nak copy paste pun cerewet sikit.
Ada sapa boleh tolong?

Isnin, 10 Disember 2012

Buah tangan dari Cheangmai


Tabung yang diperbuat daripada buluh ini adalah satu-satunya cenderahati yang dibeli dari Cheangmai tempohari. Buah tangan seperti makanan dan keropok dibeli di R&R Gurun .
Ada satu FM dari Bangkok yang dibeli walaupun tak dipesan. Jadilah , buat koleksi di peti sejuk rumah ni. En. Suami dah tahu hobi yang satu ini.
Pengembaraan selama 8 hari hanyalah sekadar melihat budaya dan adat resam negara orang.

Jumaat, 7 Disember 2012

Minggu kenduri kahwin


Minggu ini adalah minggu yang sibuk sebab adik ipar kahwin. Bertemu jodoh dengan orang Kedah.
semalam kami berkonvoi ke Kedah beramai-ramai. Dan esok majlis di rumah mertua.
Tak sempat nak BW . Nanti kendian-kendian kita buat kunjung balas ye.
Selamat berhari minggu.

Selasa, 4 Disember 2012

FM dari Thaiand


Backparker dah balik dari menjelajah Siam. Masuk dari Bukit Kayu Hitam-Hadyai-Bangkok-Cheiangmai- CheingRai- Mei Sai- Burma.
Perjalanan dari Malaysia dengan berkereta bertukar dengan keretapi, kapal terbang ke Bangkok (masa pergi),kemudian naik keretapi lagi dari Bangkok ke Cheiangmai.Berkeretapi memakan masa selama 16 jam tapi beli tiket berkatil memang buat kematu bontot .
Lain-lain cerita nanti kita kongsikan lagi.

Isnin, 3 Disember 2012

Kedai baiki bag dan kasut di Taiping


Terletak betul-betul di belakang Pasaraya The Store Taiping. Di hadapan pintu masuk tempat parking kereta bawah tanah The Store . Kedainya kecil sahaja. Tukangnya budak Melayu muda mungkin dalam lewat 20an.
Beg ni yang mula-mula dihantar ke kedai ini untuk dijahit tali yang hampir putus. Selesa dengan beg kulit dari Karachi ni. sayang nak buang. Mak yang beli masa dia pergi umrah bulan Mac lepas.
Selepas beg tangan hitam merah ni, saya hantar beg pakaian yang putus tali . Masa pergi Sabah tahun 2009 dulu , bila nak ambil selepas mendarat ,tengok-tengok tali beg dah terputus . Nasib baik sebelah saja.
Kiranya masa ke Sabah tu trip pertama keluar dari sarunglah. Nasib baik sekarang dah boleh guna semula.Murah pula upahnya RM 5 untuk jahit tali beg tu. Kedai ini bukan sahaja menyediakan servis untuk beg rosak tapi kasut juga.

Ahad, 2 Disember 2012

Bila keyboard error. ...tekan huruf jadi nombor.


Pernah berlaku keyboard error ? Bila tekan huruf jadi nombor ? Jangan panik . Ada jalan penyelesaiannya.
Caranya sangat mudah . Kita hanya perlu tekan key FN dan key NumLk serentak dalam 5 saat sehingga timbul bunyi.Key Num LK ada sebaris dengan F1, F2 di bahagian atas sekali.
Kemudian lepaskan. Mudah-mudahan ia berhasil. Kalau tak berjaya ulang sehingga error dapat dipulihkan.
Komputer saya ada error , nasib baik dah ok. Bahana anak-anak main games kongsi lappy mak punya.