Nuffnang

Jumaat, 30 November 2012

Cucur cempedak


Sarapan pagi dengan cucur cempedak. Kenyang dah .

INTI DAGING DAN PREGO

Buat inti daging. Bersedia untuk dimakan dengan roti, spaggeti atau pai. Semua boleh .

Khamis, 29 November 2012

Lamanya.

Menjawab soalan Acik Erna. 1 – 4 daripada 4 Acik Erna berkata... assalam nida..pi kerja kesana ke..semoga selamat pergi dan balik..tak dapat la nieda nak kongsi gambar nantikan..kamera tinggal. 28 November 2012 2:20 PTG Sebenarnya , suami saya bukanlah pergi bekerja tapi saja jalan-jalan melihat negeri orang . Pergi pun bertiga saja dengan geng backparker. Memang suami saya , bila cuti panjang ada saja ke mana-mana .Untuk tahun depan dah ada 2,3 trip menunggu. Itu mengembara solo. Dengan keluarga bulan 12 nanti.Mak asyik membilang hari saja ni. Berkeretapi dari Bangkok ke Chieangmai lama juga. Bertolak pukul 6 petang semalam dan tiba di Cheingmai jam 12.30 tengahari hari ini. Kebas bontot katanya walaupun beli tiket dengan tempat tidur. Semoga selamat pergi dan kembali hendaknya.

Rabu, 28 November 2012

Backparker ke Siam bermula

Petang semalam En Suami bertolak ke Siam dengan 2 orang kawan. Berkereta ke Hadyai dan menuju ke airport Hadyai. Dari Hadyai mereka akan ke Bangkok dengan kapal terbang. Tidur pun di airport sementara menunggu waktu berlepas paginya. Pagi-pagi tadi sms dah masuk
Abang dah sampai Bangkok.
. Pukul 6 petang Malaysia , sms masuk lagi.
Menunggu keretapi bertolak ke Cheingmai.
Katanya keretapi dari bangkok ke Cheiangmai RM 80 dengan tempat tidur. Tapi sayang En Suami saya tu tak bawa kamera. Alahai , cik abang sayang alah sungguh dengan kamera kecik tu.

Selasa, 27 November 2012

Tanda kenangan dari Hadyai

Tanda kenangan pernah ke Pasar Terapung di Hadyai. Bekas minuman dari tembikar. Dengan harga RM2 atau 20 bath kita boleh pilih berbagai bentuk bekas minuman yang dijual bersama berbagai jenis air yang boleh kita pilih mengikut selera. Khabarnya Pasar Terapung Bangkok lagi best.

Isnin, 26 November 2012

Musim durian

Musim durian dah bermula. Tapi bukan buah dari pokok sendiri. Suami beli dengan harga 40 ringgit satu kotak biru tu. Buah dari pekan Ijok. Tak habis makan . Buat cokodok saja hari-hari.

Madu 3 P. Ramlee

Sekarang tengah cerita P. Ramlee - Madu 3. Dah berkali-kali kita tengok dan diulang tayang . Namun orang tak jemu-jemu. Orang boleh ketawa bergegar perut bila tengok aksi lakonan P.Ramlee. Madu 3 ini , tak jemu tengok dari zaman kanak-kanak sampai dah jadi mak budak sekarang ni, saya le tu. Ada humor yang tak boleh dinafikan melalui mimik muka dan diolog . Masa ini wajah Sarimah yang jadi bini muda P. Ramlee dalam cerita ini sangatlah jelita. Dengan bentuk badan macam gitar .Saya suka tengok wajah dia. Cantik sangat . Watak Pak Mertua Ahmad Nisfu dan isteri tua ( Latipah) dia pun sangat kena . Bukan orang dewasa saja yang suka tengok filem P.Ramlee kanak-kanak juga .Malah orang Cina dan India pun sama suka tengok filem-filemnya. Pastinya filem P. Ramlee digemari oleh semua golongan , bangsa dan latar. maka tak salah lagi filem beliau melangkaui masa dan jagat. ** 1. Apasal pula nak C & P gambar P. Ramlee pun tak boleh ni? ** 2. Nak komen pun tak keluar ? Tak faham den.

Pasport Antarabangsa

Dah siap baru lega rasa hati. Kalau kerja bertangguh asyik teringat-ingat saja. Jummat minggu lepas dah pergi ke Imigresen Taiping tak jadi buat . Hari ini baru berkesempatan. Hari Jumaat terpaksa berhenti rehat untuk solat Jumaat jadi nombor yang belakang kenalah tunggu petang. Hampir 4 jam juga tunggu proses untuk paspot baru selesai hari ini. Sampai di sana pukul 11 .30 pagi lebih kurang.Ambil nombor dan keluar sekejap . Nak tunggu dalam 50 orang lagi menanti. Nombor bertuah hari ini 1123.
Lepas dipanggil nombor kita , tunggu sekejap untuk proses bayaran dan setelah sejam baru pasport boleh diambil dikauter terakhir. Selepas pasport saya diterima ada lagi 50 orang yang masih menunggu giliran. Dan...tiada lagi nombor dikeluarkan selepas itu

Ahad, 25 November 2012

POKOK RAMBUTANKU

Cerita pokok rambutan di seberang sana bila berbuah menarik perhatian juga. Budak-budak singgah petik setangkai dua. Itu cerita budak-budak.
Cerita ni musim hujan dulu, depan rumah dah jadi kolam renang tempat tumpuan budak-budak . Ramai . Dalam dok mandi dan menyelam ada yang teringin nak makan rambutan. Budak-budak ni pakai petik je. Bila tak dapat , buah tinggi sikit nak dipanjat pokok kecik tu. Mak nampak dari dalam rumah , sliding door rumah mak besar. Boleh nampak je. Jadi mak kata jangan panjat nanti patah.Pokoknya kecik sangat. Bukan mak marahkan budak-budak tu makan buah rambutan dua , tiga biji. Tapi mak kesal budak-budak ni tak rasa pun nak minta izin dulu nak makan rezeki yang orang punya.

Sabtu, 24 November 2012

Sweet 17 di SMKDHH



Anak-anak mak semua, ni gambar mak masa mak sekolah menengah di SMKDHH. Masa ni , dalam tingkatan 4 atau 5 . Kalau bukan tingkatan 4 , tingkatan 5 lah tu.   Kawan-kawan mak semua ni kira kawan rapatlah. Duduk asrama mesti kamceng punyalah.

Tapi mak memang kamceng dengan kawan mak yang duduk sebelah mak tu. Sampai sekarang pun baik lagi. Dia yang ikut mak pergi Jakarta tahun lepas . Ingat tak? Ada entry kat blog lama mak.

Yang lain-lain pun kamceng juga . Makcik sorang ni pun joint dengan mak nak pergi Vietnam bulan depan . Mujur dia suruh abah buat trip ke Vietnam . Boleh mak tumpang sekaki. Kalau tak tahun bila pula nak ke sana.  Dulu makcik Salmah ni ikut kita pergi Jakarta -Bandung. Ingat tak yang mana satu? Yang pakai cermin mata tu lah.

Dalam ramai-ramai tu, semua dah kawin dah beranak pinak dah. Dan mak yang paling ramai anak , 5 orang. Maklumlah mak kan kahwin awal ....hihihi. Jangan ada yang luku  kepala sudah dengan statement ni.
Alhamdullillah rezeki kita.


Dalam ramai-ramai ni cuba cari muka mak yang mana satu ?
Jumpa tak?




Jadual Gaji Tahun 2013



Amboi , dah dapat tarikh gaji keluar.
Kalau dah tahu tarikh senang nak bajet  untuk sebulan. Dah nama pun dapat sebulan sekali.






Jumaat, 23 November 2012

Testing .....kerabu mangga.


Bila pokok mangga sedang berbuah lebat, mulut memang nak makan masam-masam buat lauk . Mkan pula dengan nasi panas. Laju je suap nasi.