Nuffnang

Isnin, 3 Disember 2012

Kedai baiki bag dan kasut di Taiping


Terletak betul-betul di belakang Pasaraya The Store Taiping. Di hadapan pintu masuk tempat parking kereta bawah tanah The Store . Kedainya kecil sahaja. Tukangnya budak Melayu muda mungkin dalam lewat 20an.
Beg ni yang mula-mula dihantar ke kedai ini untuk dijahit tali yang hampir putus. Selesa dengan beg kulit dari Karachi ni. sayang nak buang. Mak yang beli masa dia pergi umrah bulan Mac lepas.
Selepas beg tangan hitam merah ni, saya hantar beg pakaian yang putus tali . Masa pergi Sabah tahun 2009 dulu , bila nak ambil selepas mendarat ,tengok-tengok tali beg dah terputus . Nasib baik sebelah saja.
Kiranya masa ke Sabah tu trip pertama keluar dari sarunglah. Nasib baik sekarang dah boleh guna semula.Murah pula upahnya RM 5 untuk jahit tali beg tu. Kedai ini bukan sahaja menyediakan servis untuk beg rosak tapi kasut juga.

5 ulasan:

Dr K berkata...

Oh..teringat saya dulu...outing hujung minggu gi The Store ni...hihihi

Acik Erna berkata...

assalam nieda..acik dah banyak kali pi taiping bermalam

Nieda Ramly berkata...

Daddy Ziyad : kenapa kita tak pernah jumpa dulu ye?

Nieda Ramly berkata...

Acik Erna: Banyak tempat kita boleh explore kat Taiping ni.

Tanpa Nama berkata...

cik sekarang kedai belakang tu dah roboh cik buka area mana ye sekarang